Friday 11 April 2014

Batu, Surabaya - 2014 (part 1)



19 - 22 March 2014 is our date travel to SURABAYA!!
 Kitorg travel kali ni ber4 bersama elly, zihaan dan hawa. Sebaik sahaja kitorg jejakkan kaki di Terminal 2 Juanda Airport Surabaya kitorg disambut oleh Pak Supir namanya Pak Kus dari BROMO ADVENTURELAND (HARMAWAN TOURS) boleh emel terus kat sini bromoleisure@gmail.com owner package tour ni akan reply emel dengan pantas. Before pergi dalam sebulan juga kitorg survey package mana yang murah dan merangkumi area area yg kitorg nak pergi. dan package kali ni adalah yg yg termurah drp yg lain2.

First place our journey is SAFARI ( lebih kurang macam zoo lah) tapi lagi best daripada zoo sebab nye jalan2 naik kereta aje pastu boleh bagi makan kat semua binatang dalam safari ni. Then boleh tengok depan2 mata sendiri binatang2 tu dekat kereta kite.  


Dekat pintu masuk ade org jual carrot untuk kite bagi makan kat binatang2 tu... bile nak beli tu.. pandai2 lah tawar menawar.. sbb dia tau org luar sekali cekik darah dia bg harga. Kalau tak 3 batang dengan harga Rp 10,000 kitorg minta kurang2 kata nak semua dengan Rp 10,000 kalau tak bagi kitorg tak nak amik. At last... dia bg jugak walaupun dgn muke mencuka hahaha ... ;D


Ni adalah antara rate ticket nak masuk safari ni, tapi dalam package kitorg ni dah termasuk ticket masuk setiap tempat kitorg nak pergi.


Ini binatang pertama yg kitorg tengok, tak sempat lah tgk ape nama dia. tapi memang besar betol2 depan kereta.

View kat dalam safari ni memamng cantik, bersih dan segar.. sebab nye kawasan safari ni agak atas bukit... dan rase nyaman sekali...xde pun bau2 tahi binatang kat sini.. mmg segar dan tenang jer.


Kebanyakkan dlm safari ni, semua pokok pine... feeling2 eropah gitu... 
  



Taraaa... betol2 kat luar tingkap, kalau berani boleh hulurkan tangan dan bagi makan...


Awasi kenderaan anda




melingkar singa2 tu tanpa ade kandang... 


Setiap tempat haiwan liar ade ranger2 yg disediakan... diaorg akan tgk dari jauh.. sama ada kita keluar kereta atau tak. 



See..!


Banyak tempat menarik dalam safari ni, ade wtaer theme park, theme park for kids pun byk ala2 kota keriangan bagi kanak2 lah kat sini. Bawa bdk2 confrim dorg suke...tapi ktorg hanya terhad kat specific area jer.


baby zoo ni best! sape dtg sini kene masuk ni... kalau tak rugi lah.


Disebabkan kite boleh bergambar dengan haiwan liar secara dekat.. nak peluk pun boleh berani tak berani jer....


Setip sorg dapat berasi dgn haiwan masing2 sebanyak 2 kali sudah masuk dalam package ni.




Muke gagah semuanya.. pada hal... ya allah... aummmmm!!!


Hawa bergurau dengan si monyet



Zihan dan elly bersama baby (ank harimau putih) pilihan mereka..;D



 Dan kami bersama baby (anak singa)



 kawasan dia sgt selesa dan segar dan tenang, time kitorg pergi ni bukan cuti sekolah indonesia so theme park dia nampak tak de org sgt.

Selepas kitorg habis jalan kat Safari kitorg bertolak ke Batu untuk check in hotel kat sana. On the way pergi Batu kitorg singgah makan kat rumah makan tepi jalan namanya Warung Lumayan, bak kata Pak kus makanannya enak sekali.. tapi bagi tekak org malaysia ni... ehemmm ehem..ehmmmmm



dan menu kitorg yang boleh telan cam biasa nasi ayam penyet.


Telan je lah kan dah lapar... setakat makan dlm flight kol 7pg tadi jer... siap sediakan AIR BASUH TANGAN sorg satu lagi (bekas biru)


Inilah hotel malam pertama kitorg Rumah kebun de'Daunan suasana kat sekeliling hotel ni sgt2 menyegarkan....


Jalan nak menghala ke bilik masing2...


Bilik kitorg dikelilingi oleh kebun sayur.... ;) syokkk woooo!


Look! the fresh area around our room ;D sesape nak datang sini memang direkemenkan kat sini.. hotel ni include sekali breakfast kitorg esok pagi nye...


Itu pulak bilik elly dan zihan "sebelah jer.. umah korang, jemput dtg rumah ktorg eh!"


Inside my room




Suasana kat Batu ni ala2 cm kat cameron highland lah...dingin aje.... 
Malam nye, kitorg jejalan kat Bandar Batu tengok org2 Batu dan ape aktiviti dorg kat sini.



kat sini pun ade 'eyes on malaysia lah' dah sebati dalam kepala ;P


Punya lah pening dan pusing2 nak cari kedai makan malam tu.. nak cari yg kena dgn tekak org malaysia... lastly we choose to dinner with western food at Waroeng Steak & Pizza.



Chicken chop with mayo cheese ala Surabaya..


Continueeeeeeee..... ;)